kita ni manusia kan?
orang kata manusia ni tak lepas daripada melakukan kesilapan.
orang juga kata manusia ni mudah lupa.
aku pun manusia juga.
dulu aku bodoh.
jadi aku selalu buat silap.
tapi nabi kata:
orang yang menjadikan hari ini lebih baik daripada hari semalam adalah orang yang beruntung.
orang yang menjadikan hari ini sama seperti hari semalam adalah orang yang rugi.
dan,
orang yang menjadikan hari ini lebih teruk daripada hari semalam adalah orang yang sial.
orang jugak kata,
pengalaman adalah guru yang terbaik dalam kehidupan manusia.
pada pandangan aku, maksud pengalaman yang baik dalam kehidupan manusia hanyalah boleh diimplimentasikan kepada golongan yang mengambil tauladan daripada pengalaman yang berlaku.
golongan yang mengambil iktibar kepada titik hitam yang pernah berlaku dalam kehidupan mereka dan tidak mengulangi kesilapan yang sama berulang ulang kali.
tapi mungkin juga ada segelintir yang tidak mengambil endah pun tentang kesilapan yang pernah berlaku, mungkin pada mereka what past is past.
situasi ini, bukan sahaja boleh diimplimentasikan kepada pelakuan kesilapan itu sahaja.
pada aku, reaksi kita, tindak balas kita kepada sesuatu keadaan juga wajar dijadikan sebagai guru dalam kehidupan kita, supaya kita mampu untuk memberikan reaksi yang tepat kepada sesuatu situasi yang terjadi.
sememangnya sebagai manusia kita ini tidak sempurna.
dan sememangnya kita akan sentiasa melakukan kesilapan walaupun secara sedar ataupun tidak.
dan setiap reaksi kita, tindak yang kita ambil, keputusan yang kita buat akan mempengaruhi banyak faktor lain dalam kehidupan kita pada masa hadapan.
mungkin kita rasa pilihan forgive and forget adalah keputusan paling mulia yang boleh dibuat.
tetapi aku pernah terjumpa satu quote :
forgive and forget is for naive person,
never forgive and never forget is for stupid person,
forgive and never forget is for wise person.
jadi? fikirlah sebelum buat sesuatu, sebab mencegah lebih baik daripada mengubati.
sakit fizikal boleh sembuh walaupun berparut,
sakit dihati, parutnya mungkin akan kekal sampai mati...
No comments:
Post a Comment