dalam menjadi matang dalam hidup kita banyak menempuh dugaan tuhan.
dan dalam keadaan untuk menenangkan diri kita akan banyak bereksperimentasi dengan kehidupan kita.
yup... asasnya kita mencari ketenangan,
kita nak kerja yang hebat untuk dapatkan ketenangan untuk diri kita,
kita cari kawan kawan yang ramai untuk menenangkan diri kita,
kita nak jadi kaya untuk menenangkan diri kita,
kita mencari pasangan yang ideal untuk menenangkan diri kita,
tapi kita ni manusia, takkan pernah puas dengan apa yang kita ada.
so, bila kita tak tenang kita akan berusaha untuk mencari ketenangan, kita marah bila kita tak tenang, kita moody, semua benda kita rasa tak menenangkan jiwa kita,
so kita mereka reka ketenangan kita,
kita berkawan, luahkan pada kawan, dengar feed back dari kawan kawan,
tapi siapakah kawan kawan kita tu? adakah mereka orang orang yang mendapat ketenangan dalam kehidupan mereka? orang yang bahagia?
adakah hidup kawan kawan kita yang support kita tu takda masalah melanda?
mendengar apa yang dicakap memang mudah, bercakap memang mudah,
nak memahami mudah?
ada pandangan '
jodoh tuh luas... buka mata dan beri peluang untuk orang lain.... mungkin along the way masa beri peluang tuh.... macam-macam boleh belajar.. semua yang tak menarik dan menarik... kalau benar dikatakan jodoh.. maka si polan itulah jodohnya.. lambat atau cepat sahaja... insyaAllah ada la jodoh tuh...'
pada pandangan aku, pandangan macam tu sesuai untuk orang orang yang tak nak menilai dengan hati. orang orang yang tak tahu apa yang dia cari,
berapa banyak orang lain yang kita nak jumpa dalam hidup kita? banyakkah masa kita untuk menanti dan menunggu?
dan perkataan mungkin dalam ayat "
mungkin along the way masa beri peluang tuh.... macam-macam boleh belajar.. semua yang tak menarik dan menarik" memberi makna semua tu adalah kemungkinan, dan dalam keadaan kemungkinan, benda boleh berlaku tidak seperti yang kita harapkan.
selagi kita tak tahu apa yang kita cari, kita takkan pernah jumpa apa yang kita nak.
mungkin dia tak paham maksud memberi harapan tu apa,
benda yang dah masuk dalam hati, takkan boleh nak dibuang dengan mudah, takkan boleh nak lupa sampai bila bila, susah nak cari sebab untuk membenci sesuatu yang kita sayang.
but somehow... believe it... semua milik yang Khaliq...
back to basic... back to GOD... semua ni milik Dia.
tuhan yang maha merancang, lagi maha memberi penyelesaian...
Dia lah sumber segala ketenangan...
this life is one way street... boleh jalan ke depan je... i'm sorry for all my incorrect words i have use in this post... i am imperfect, help me, give me time to improve.