Monday, January 25, 2010

pengalaman di tengahari

penat seharian terkumpul untuk dilunaskan sekarang (sepatutnya)...
maksudnya time untuk rehat dan tido la tu. tapi tiba tiba rasa macam nak menaip pulak tangan ni walaupun jam dah tunjuk pukul 1.xx pagi.

bukan apa pun, nak cerita pasal siang tadi,
time tu aku baru balik dari pasar, dekat dekat nak tengahari (gitu ke eja tengahari??? ke tengah hari??? bedal je laa).

mase tu aku tengah bawak moto dengan gembiranya (meter menunjukkan paras bacaan pada nombor 40 km/j(sebenarnya 40 ada lebih lebih sikit km/j)) takat moto honda c70 yang dah lama tak service, takat mana sangat boleh pegi pun.

masa aku nak sampai dekat satu traffic light T junction ni, tiba tiba lampu traffic light tu bertukar warna, dah tukar hijau kalo apa lagi... aku pun kiranya tak tekan brek la... terus je aku jalan gitu, terus maju ke hadapan membawa wawasan didada la gayanya...

sekali lagi perkara yang 'tiba tiba terjadi' berlaku, ada la sorang makhluk Tuhan yang macam badak air dengan warna kulit yang agak kopi O naik moto honda EX5(bukan dengan niat untuk mengutuk, sekadar melepaskan apa yang terbuku dihati), dia ni sebenarnya tengah bawak moto dekat tepi jalan belah kiri, sekali, tanpa bagi signal, dengan selamba dia konon konon nak buat u-turn kat situ.

masa tu memang terkejut beruk la aku... moto aku dengan moto mangkuk ayun tu ada la dalam jarak 3 meter gitu... nasib baik la aku sempat slowkan moto aku (untuk makluman moto aku brek tak makan)
memang meremang segala bulu roma aku... sikit lagi aku nak terbarai kat situ... kalau tak??? kompom percuma je aku tergolek kat situ...

bukannya aku nak marah kat makhluk tuhan tu... cuma aku harap lain kali bagi la signal sikit...

bukannya banyak nak pakai tenaga pun, kalau bagi signal pun bukan sampai abis cas bateri tu...
jadi sebagai manusia tolong la selalu ingatkan pada diri sendiri, jangan kerana kecuaian kita orang lain nak kena tanggung akibat sama...

jadi renung renungkan... dan selamat beramal...

No comments:

Post a Comment