Tuesday, January 26, 2010

kalau kita cinta apa kita patut buat???

masa berlalu... jam berputar...
diam tak diam... segala benda yang ada di muka bumi ni akan menjadi bertambah matang...
tak kisah la ape jenis benda / objek, entiti, makhluk atau apa apa je, pasti sekali akan bertambah usia (dengan harapan selaras dengan pertambahan hayat akan menjadikan sesuatu itu bertambah matang).

tapi ya ke macam tu???

aku bukan nak kupas atau cerita pasal kes kes lain... aku cume nak tengok persepsi ni dari segi kematangan sesuatu perhubungan.
betul la orang selalu cakap, tak kenal maka tak cinta. tapi tak bermaksud kalau dah kenal perlu bercinta pulak. kalau macam tu gayanya, kompom haru biru dunia. tapi kalau dah bercinta, agak agak diorang kenal ke pasangan diorang???
kalau dah kenal sangat dengan pasangan keadaan ini mungkin dapat dielakkan.

orang selalu tanya, dari mana datangnya cinta??? dan orang selalunya akan jawab dari mata turun ke hati. ya ke macam tu??? dari mata turun ke hati??? hurmmm... kalau cinta yang berjauhan??? yang jarang jumpa??? yang mampu dengar suara je??? yang mampu baca tulisan je??? dari mana datangnya cinta itu agak agaknya???
ini adalah mata (haha)... tiada kaitan dengan mata siapa siapa

kalau sudah cinta... apa ceritanya??? tapi apa yang orang selalu cakap... bila cinta sudah berkarat, gula batu rasa kelat.
so... kalau taknak cinta berkarat apa patut kita buat??? cinta boleh main 'polish' pakai antikarat??? kalau kita cinta kita perlu pendam??? dok diam diam??? konon kononnya bila diam kita jadi rindu, cinta jadi lagi best??? cam tu???
ntah la... kadang kadang back to the basic is the best... make short and simple... very sweet...
cakap banyak pun cam tak guna... apa apa pun kita pikirlah sendiri untuk kebaikan perhubungan masing masing.

Monday, January 25, 2010

pengalaman di tengahari

penat seharian terkumpul untuk dilunaskan sekarang (sepatutnya)...
maksudnya time untuk rehat dan tido la tu. tapi tiba tiba rasa macam nak menaip pulak tangan ni walaupun jam dah tunjuk pukul 1.xx pagi.

bukan apa pun, nak cerita pasal siang tadi,
time tu aku baru balik dari pasar, dekat dekat nak tengahari (gitu ke eja tengahari??? ke tengah hari??? bedal je laa).

mase tu aku tengah bawak moto dengan gembiranya (meter menunjukkan paras bacaan pada nombor 40 km/j(sebenarnya 40 ada lebih lebih sikit km/j)) takat moto honda c70 yang dah lama tak service, takat mana sangat boleh pegi pun.

masa aku nak sampai dekat satu traffic light T junction ni, tiba tiba lampu traffic light tu bertukar warna, dah tukar hijau kalo apa lagi... aku pun kiranya tak tekan brek la... terus je aku jalan gitu, terus maju ke hadapan membawa wawasan didada la gayanya...

sekali lagi perkara yang 'tiba tiba terjadi' berlaku, ada la sorang makhluk Tuhan yang macam badak air dengan warna kulit yang agak kopi O naik moto honda EX5(bukan dengan niat untuk mengutuk, sekadar melepaskan apa yang terbuku dihati), dia ni sebenarnya tengah bawak moto dekat tepi jalan belah kiri, sekali, tanpa bagi signal, dengan selamba dia konon konon nak buat u-turn kat situ.

masa tu memang terkejut beruk la aku... moto aku dengan moto mangkuk ayun tu ada la dalam jarak 3 meter gitu... nasib baik la aku sempat slowkan moto aku (untuk makluman moto aku brek tak makan)
memang meremang segala bulu roma aku... sikit lagi aku nak terbarai kat situ... kalau tak??? kompom percuma je aku tergolek kat situ...

bukannya aku nak marah kat makhluk tuhan tu... cuma aku harap lain kali bagi la signal sikit...

bukannya banyak nak pakai tenaga pun, kalau bagi signal pun bukan sampai abis cas bateri tu...
jadi sebagai manusia tolong la selalu ingatkan pada diri sendiri, jangan kerana kecuaian kita orang lain nak kena tanggung akibat sama...

jadi renung renungkan... dan selamat beramal...

Sunday, January 24, 2010

Salam Perkenalan

awal mula pertama mula...
salam utk semua...
kenapa saya ber'blogging'???
ntah... org lain ada blog, saya pun mau juga (jawapan skema)...
konon konon rajin sangatlah nak menulis kan???
walau apapun harap semua akan terhibur (macam la akan ada apa apa yang menarik kat sini)...
mungkin lepas ni, blog ni akan jadi tempat luahan rasa, lontaran pandangan, mengumpat (takleh buat selalu ni... dosa), berkarya (kot kot tiba tiba dapat ilham) dan lain lain (sebab dah tak tau ape lagi perkara yang mungkin berkaitan)...

so stay tune...